Pengalaman Kursus Pertolongan Cemas Asas dan CPR
Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.
Jesteru itu, di bawah Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan UKM telah menganjurkan Kursus Asas Pertolongan Cemas dengan kerjasama dengan anjuran pihak Persatuan Bulan Sabit Merah UKM pada 10 Mac 2018 & 11 Mac 2018 bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 07.30 pagi – 05.00 petang bertempat di Dewan Kuliah 202, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM. Penceramah jemputan telah dipanggil dari Persatuan Bulan Sabit Merah untuk hadir memberi ceramah dan praktikal asas pertolongan cemas dan cpr.
Pelajar UKM telah menyertai kursus ini yang merangkumi dari pelbagai fakulti dan kolej. Kursus ini merangkumi dua sesi di mana sesi pagi teori dan sesi petang ujian bertulis dan praktikal. Para peserta kemudiannya dinilai dalam ujian praktikal dan ujian bertulis pertolongan cemas dan CPR bagi melayakkan kami mendapat sijil kompetensi.Tujuan utama kursus ini diadakan adalah sejajar dengan kehendak Pengurusan UKM melahirkan lebih ramai pelajar mempunyai pengetahuan luas ilmu dan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai prosedur pertolongan cemas dan asas CPR. Antara slot pengisian kursus ini adalah Pengenalan CPR, luka dan pendarahan, terbakar, melecur dan renjatan, patah, kejutan eletrik dan pitam serta slot ikatan dan balutan.
Saya berasa amat beruntung kerana dapat menghadiri kursus ini. Pengalaman 2 hari kursus KPCA amat berguna untuk diri saya. Selain itu, ia sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada saya untuk bertindak sebagai seorang ahli bantuan cemas jika berlaku sebarang kecemasan. Dalam kursus ini juga, saya berpeluang belajar secara teori dan praktikal tentang kaedah - kaedah memberi rawatan kepada mangsa. Ada bungkus dan membalut kepala, buat arm sling, angkat mangsa pengsan dan lain-lain lagi . Yang penting jangan panik semasa memberi rawatan.
Hari pertama, kelas teori dan praktikal dan ada ujian objektif. Gulp! Ujian lah pulak.. Kami sempat mengulangkaji pelajaran sebelum ujian objektif dijalankan. Pada hari ke 2 ada jam 10.00 pagi, kami memulakan latihan praktikal CPR dan kemudian ujian praktikal bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 4.00 petang. Masa praktikal pula saya dikehendaki melakukan CPR atau “Cardiopulmonary Resuscitation” merupakan gabungan khidmat pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada. Bantuan pertolongan cemas CPR digunakan bagi membantu seseorang yang terhenti pernafasannya. Teknik CPR bertujuan supaya dapat membantu darah yang mengandungi oksigen tersebut dapat mengalir semula seperti biasa apabila degupan jantung yang terhenti dapat berdegup semula.
Lepas ujian praktikal, pada jam 5.00 petang ada sesi majlis penutupan kursus pertongan cemas, para peserta diberikan sijil kehadiran dan penghargaan kursus.Walaupun letih tapi bagi saya kursus ini banyak manfaatnya. Di sepanjang kursus, kelengkapan seperti buku dan nota bagi saya adalah cukup, tenaga pengajar pun bagus, makan dan minum pun dijaga. Yang paling penting, saya dapat ilmu yang berguna. Pengetahuan mengikut kaedah-kaedah asas sudah memadai berbanding tiada langsung. Pertolongan cemas yang diberikan kepada mangsa mungkin dapat menyelamatkan nyawa mangsa. Justeru, pengetahuan pertolongan cemas amat penting dipelajari oleh setiap orang. Paling tidak, dalam setiap keluarga atau kumpulan mesti terdapat salah seorang daripada mereka yang mempunyai kemahiran asas dalam memberi pertolongan cemas. Persediaan ini penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kes-kes kecemasan yang berlaku di rumah atau di tempat kerja. Kes kemalangan kecil tetap perlu diberikan bantuan kecemasan mengikut tindakan yang betul.
No comments:
Post a Comment