Tuesday, 27 March 2018

KEMPEN MENDERMA DARAH



πŸ’‰KEMPEN MENDERMA DARAH ANJURAN BSMM DET. 88C KOLEJ UNGKU OMAR πŸ’‰ 

BSMM DET.88C dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah mengadakan kempen menderma darah pada :

πŸ”΄ Tarikh : 26/2/2018 - 1/3/2018
πŸ”΄ Masa : 10.00 PAGI - 4.00 PETANG
πŸ”΄ Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar, UKM 


DERMA DARAH…sekiranya anda pernah menderma darah walaupun sekali, anda  merupakan insan yang istimewa dan sumbangan yang telah diberikan sangat tidak ternilai harganya!! Untuk menderma darah pastinya seseorang itu didorong oleh banyak faktor termasuk kesedaran diri sendiri untuk berbakti, ingin membantu pesakit yang mungkin terdiri daripada saudara mara dan kawan, ataupun akibat pengaruh rakan-rakan dan saudara mara.

Kempen menderma darah tidak selalu dibuat dan bagi seseorang yang telah menderma darah, tempoh untuk menderma sekali lagi adalah selama 3 bulan selepas menderma. Tidak semua orang dapat menderma kerana untuk menderma darah ini seseorang perlulah berumur 18 tahun ke atas dan jugak berat melebihi 50 kg dan ke atas. Mungkin ada sebabnya kenapa berat mestilah 50 dan ke atas, kan ? Disebabkan berat saya yang tidak pernah mencapai 50, saya masih lagi tidak dapat menderma walaupun teringin sangat nak menderma darah!!!!!! Bila kita menderma ni, dapat jugak kita membantu orang yang memerlukan darah di mana mereka kekurangan darah disebabkan kemalangan atau apa-apa punca sekali pun.

Sepertimana kita sedia maklum, darah merupakan satu komponen penting dalam perawatan kesihatan. Keperluan dan permintaan terhadap darah semakin meningkat hasil kemajuan teknologi perubatan dan peningkatan bilangan hospital kerajaan dan swasta. Rawatan kes-kes seperti pembedahan jantung, pemindahan organ, rawatan pesakit-pesakit talasemia, haemofilia dan anemia memerlukan pemindahan darah.




No comments:

Post a Comment

HARI KEUSAHAWANAN CITRA 2018

Hari Keusahawan Citra is the day where business concept pitching, e-poster competitions and battle of obs. Every student need to attend ...