Zumba ? Zumbanita ? JOM KITA BERZUMBA!!! Zumbanita ni khas untuk perempuan sahaja untuk berzumba hehe Zumbanita ini diadakan khas sempena dengan hari wanita sedunia 2018. Berzumba hanya dalam 1 jam sahaja lepastu boleh lah rehat ke tidur ke 🙌 Bukannya selalu kita bersenam kan jadi dah alang-alang ada zumba ni apa lagi join jelah 😉 Nak join zumbanita ni pun percuma sahaja lagi ramai lagi meriah lah kita 💃💃💃 Lagipun hanya wanita sahaja jadi tak perlu lah rasa segan untuk berzumba 👩 Sekali-sekala melakukan aktiviti yang dapat menyihatkan badan, siapa yang rasa nak kurus sikit tu kena lah selalu bersenam ataupun join aktiviti macam ni 😜 Kalau kat luar kenakan bayaran tapi yang ni PERCUMA!!! Marilah berpeluh sekali-sekala hehe
Saturday, 31 March 2018
PENGALAMAN KURSUS PERTOLONGAN CEMAS ASAS DAN CPR
Pengalaman Kursus Pertolongan Cemas Asas dan CPR
Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.
Jesteru itu, di bawah Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan UKM telah menganjurkan Kursus Asas Pertolongan Cemas dengan kerjasama dengan anjuran pihak Persatuan Bulan Sabit Merah UKM pada 10 Mac 2018 & 11 Mac 2018 bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 07.30 pagi – 05.00 petang bertempat di Dewan Kuliah 202, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM. Penceramah jemputan telah dipanggil dari Persatuan Bulan Sabit Merah untuk hadir memberi ceramah dan praktikal asas pertolongan cemas dan cpr.
Pelajar UKM telah menyertai kursus ini yang merangkumi dari pelbagai fakulti dan kolej. Kursus ini merangkumi dua sesi di mana sesi pagi teori dan sesi petang ujian bertulis dan praktikal. Para peserta kemudiannya dinilai dalam ujian praktikal dan ujian bertulis pertolongan cemas dan CPR bagi melayakkan kami mendapat sijil kompetensi.Tujuan utama kursus ini diadakan adalah sejajar dengan kehendak Pengurusan UKM melahirkan lebih ramai pelajar mempunyai pengetahuan luas ilmu dan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai prosedur pertolongan cemas dan asas CPR. Antara slot pengisian kursus ini adalah Pengenalan CPR, luka dan pendarahan, terbakar, melecur dan renjatan, patah, kejutan eletrik dan pitam serta slot ikatan dan balutan.
Saya berasa amat beruntung kerana dapat menghadiri kursus ini. Pengalaman 2 hari kursus KPCA amat berguna untuk diri saya. Selain itu, ia sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada saya untuk bertindak sebagai seorang ahli bantuan cemas jika berlaku sebarang kecemasan. Dalam kursus ini juga, saya berpeluang belajar secara teori dan praktikal tentang kaedah - kaedah memberi rawatan kepada mangsa. Ada bungkus dan membalut kepala, buat arm sling, angkat mangsa pengsan dan lain-lain lagi . Yang penting jangan panik semasa memberi rawatan.
Hari pertama, kelas teori dan praktikal dan ada ujian objektif. Gulp! Ujian lah pulak.. Kami sempat mengulangkaji pelajaran sebelum ujian objektif dijalankan. Pada hari ke 2 ada jam 10.00 pagi, kami memulakan latihan praktikal CPR dan kemudian ujian praktikal bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 4.00 petang. Masa praktikal pula saya dikehendaki melakukan CPR atau “Cardiopulmonary Resuscitation” merupakan gabungan khidmat pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada. Bantuan pertolongan cemas CPR digunakan bagi membantu seseorang yang terhenti pernafasannya. Teknik CPR bertujuan supaya dapat membantu darah yang mengandungi oksigen tersebut dapat mengalir semula seperti biasa apabila degupan jantung yang terhenti dapat berdegup semula.
Lepas ujian praktikal, pada jam 5.00 petang ada sesi majlis penutupan kursus pertongan cemas, para peserta diberikan sijil kehadiran dan penghargaan kursus.Walaupun letih tapi bagi saya kursus ini banyak manfaatnya. Di sepanjang kursus, kelengkapan seperti buku dan nota bagi saya adalah cukup, tenaga pengajar pun bagus, makan dan minum pun dijaga. Yang paling penting, saya dapat ilmu yang berguna. Pengetahuan mengikut kaedah-kaedah asas sudah memadai berbanding tiada langsung. Pertolongan cemas yang diberikan kepada mangsa mungkin dapat menyelamatkan nyawa mangsa. Justeru, pengetahuan pertolongan cemas amat penting dipelajari oleh setiap orang. Paling tidak, dalam setiap keluarga atau kumpulan mesti terdapat salah seorang daripada mereka yang mempunyai kemahiran asas dalam memberi pertolongan cemas. Persediaan ini penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kes-kes kecemasan yang berlaku di rumah atau di tempat kerja. Kes kemalangan kecil tetap perlu diberikan bantuan kecemasan mengikut tindakan yang betul.
Tuesday, 27 March 2018
KEMPEN MENDERMA DARAH
BSMM DET.88C dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah mengadakan kempen menderma darah pada :
🔴 Tarikh : 26/2/2018 - 1/3/2018
🔴 Masa : 10.00 PAGI - 4.00 PETANG
🔴 Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar, UKM
DERMA DARAH…sekiranya anda pernah menderma darah walaupun sekali, anda merupakan insan yang istimewa dan sumbangan yang telah diberikan sangat tidak ternilai harganya!! Untuk menderma darah pastinya seseorang itu didorong oleh banyak faktor termasuk kesedaran diri sendiri untuk berbakti, ingin membantu pesakit yang mungkin terdiri daripada saudara mara dan kawan, ataupun akibat pengaruh rakan-rakan dan saudara mara.
Kempen menderma darah tidak selalu dibuat dan bagi seseorang yang telah menderma darah, tempoh untuk menderma sekali lagi adalah selama 3 bulan selepas menderma. Tidak semua orang dapat menderma kerana untuk menderma darah ini seseorang perlulah berumur 18 tahun ke atas dan jugak berat melebihi 50 kg dan ke atas. Mungkin ada sebabnya kenapa berat mestilah 50 dan ke atas, kan ? Disebabkan berat saya yang tidak pernah mencapai 50, saya masih lagi tidak dapat menderma walaupun teringin sangat nak menderma darah!!!!!! Bila kita menderma ni, dapat jugak kita membantu orang yang memerlukan darah di mana mereka kekurangan darah disebabkan kemalangan atau apa-apa punca sekali pun.
Sepertimana kita sedia maklum, darah merupakan satu komponen penting dalam perawatan kesihatan. Keperluan dan permintaan terhadap darah semakin meningkat hasil kemajuan teknologi perubatan dan peningkatan bilangan hospital kerajaan dan swasta. Rawatan kes-kes seperti pembedahan jantung, pemindahan organ, rawatan pesakit-pesakit talasemia, haemofilia dan anemia memerlukan pemindahan darah.
FESTIVAL MAC VINTAGE
Festival Mac Vintage - yang berlangsung pada 2 Mac 2018
hingga 4 Mac 2018 di Dataran Panggung
Seni, UKM bermula 8:30 pagi hingga 12 tengah
malam!!! Festival Mac Vintage ini mengetegahkan aktiviti jualan
barangan bundle bertemakan VINTAGE. Bagi penggemar “Bundle”mahupun yang baru
nak berjinak-jinak dengan Bundle Vintage bolehlah datang beramai- ramai,
memeriahkan vendor ni!! Mesti ada barangan-barangan yang menarik!! Antara barangan jualan yang dijual
termasuklah kasut, beg, sunglasses, topi, pakaian dan barangan hiking yang
terdiri daripada pelbagai jenama.
BUNDLE.. PERNIAGAAN terpakai dikenali sebagai "Bundle" bukan perkara baharu di Malaysia. Ia merujuk kepada
aktiviti menjual barangan terpakai atau reject yang dibeli pemborong secara
pukal dan dijual kepada pembeli dengan kaedah tawar menawar. Perniagaan istimewa atau popular dengan penjualan barangan
"Bundle" seperti peralatan terpakai elektrik, perhiasaan rumah,
kerusi, meja, pakaian dan lain-lain. Barangan tersebut amat berkualiti serta harga yang murah.
Pada kebiasaannya aktiviti perniagaan dijalankan pada waktu malam sehingga jam
dua pagi (mengikut hari-hari tertentu seperti aktiviti keramaian dan
musim-musim perayaan). Promosi yang ditawarkan boleh dikatakan tidak masuk
akal, namun itulah realitinya apabila penjualan “Bundle” yang akan
membuka memberi promosi istimewa dan hebat untuk pengunjung khususnya peminat
barangan terpakai atau "Bundle". Sambutan
barangan "Bundle" dahulu dan sekarang tiada beza, hanya situasi yang
berubah. Golongan muda kini lebih teruja mencari barang bundle terutama yang
dikeluarkan sekitar 20-an hingga 90-an. Ini kerana pakaian tersebut ada nilai
vintage selain berkualiti dan tahan lama dan kebanyakan pembeli "Bundle" tergolong daripada penggemar barangan sukan dan
kumpulan muzik. Baju, kasut, tali pinggang antara barang paling digemari orang
muda yang mengumpulnya sebagai koleksi. Permintaan terhadap
pakaian bundle tidak bermusim sebaliknya sentiasa meningkat dari semasa ke
semasa.
Barangan "Bundle" boleh
diibaratkan seperti harta karun di kalangan peniaga kerana ada antara barangan
yang dijual mampu memberi keuntungan berganda. Ada juga barangan yang diterima
daripada pembekal langsung tidak boleh dijual dan dipakai. 4 istilah dalam
barangan "Bundle" untuk diklasifikasikan setiap guni bundle diterima ialah Sampah, Ekor,
Badan dan Kepala. Sampah ialah
pakaian / barangan tidak boleh dipakai langsung dan biasanya akan dibuang. Ekor merujuk
kepada pakaian/barangan yang boleh dijual pada harga paling murah bagi sehelai
pakaian sehelai atau pada kadar berpatutan bagi beberapa pasang pakaian. Badan pula
merujuk kepada pakaian/barangan yang agak baik dan boleh dijual pada
harga berpatutan dan akhir sekali kepala iaitu pakaian berjenama dan masih
elok dengan nilai harga ratusan ringgit. Bundle ada gred
harganya tersendiri daripada serendah RM1 hingga ke
ribuan ringgit. Barangan "Bundle" tidak sama
seperti barang baharu di pasaran. Jika barangan vintage atau rare
pasti boleh mencecah ke puluhan ribu ringgit.Ramai yang percaya menderma darah
adalah amalan yang mulia di mana dapat menolong dan menyelamatkan nyawa orang
lain. Ada yang menderma sebab mereka kenal seseorang yang ada masalah sakit
kronik, yang perlukan sumbangan darah dari orang lain. Ada segelintir yang
mencubanya hanya untuk mencari pengalaman dan memenuhi rasa ingin tahu.
PROGRAM PERMATA
Sunday, 4 March 2018
MYSELF
I love my family and we always had a great time gathering together especially when it comes to a festival and celebration days like on Eid Al-Fitr and wedding ceremonies as well. I also love to watch film, listen to music or visiting to my cousin’s house in my spare time. Other than that, I love to travel as well. My family and I always spend our holidays to go to beautiful places in Malaysia.
Life gives me a lot of experiences and shows me a different range of life backgrounds and human behaviours specifically for the youth. All these experiences are useful to myself and make me realize how I should be grateful for having a nice and loving family. However, sometimes I had a hard time since there are a lot of challenges as well. But even so, I've tried to look in a positive side, because I know dealing with human isn't an easy thing. In order to improve my work performance and myself, I believe there are still many things I have to learn, and need to strive for having a better life in the future.
I take life to be very simple and do you know what? Life is to be enjoyed. What about you?
Subscribe to:
Posts (Atom)
HARI KEUSAHAWANAN CITRA 2018
Hari Keusahawan Citra is the day where business concept pitching, e-poster competitions and battle of obs. Every student need to attend ...
-
Pada minggu lepas, citra persediaan ke alam pekerjaan telah menjemput Puan Nurulhazreen Binti Shahidun Jamil dari bahagian peng...
-
Baru-baru ni Kolej Ungku Omar telah mengadakan kursus amali sembelihan dan pengurusan jenazah. Ini adalah kerjasama diantara Sekretiat K...
-
Program Rewang untuk warga Kolej Ungku Omar siri ke-2 2018 Kelab Xtreme-C dan Kelab Iqra' telah menga...