Sunday, 27 May 2018

DINNER KOLEJ UNGKU OMAR 2017/2018


\


Hari yang paling seronok dan meriah pada malam itu. Semua orang kelihatan begitu cantik dan anggun pada malam itu. Malam itu semua memakai pakaian mengikut tema makan malam pada tahun ini iaitu kesultanan melayu. Tema tahun ini lebih kepada tradisional. Makan malam ini bermula pada pukul 8 lebih. Semua pelajar dikehendaki memebawa pas masuk sebagai tanda mereka mendaftar untuk makan malam ini. Acara makan malam dimulakan dengan silat dan juga persembahan alatan muzik seperti gamelan dimainkan. Setelah itu ucapan oleh pengetua Kolej Ungku Omar dan acara perasmian dilakukan setelah itu. Setelah, perasmian dilakukan, ucapan seterusnya diberikan oleh ketua pengarah untuk makan malam pada tahun ini. Sudah habis ucapan diberikan, maka bacaan doa dibacakan dan semua dibenarkan untuk makan sambil video montaj ditayangkan kepada semua. Makanan pada malam tersebut sungguh enak dan sedap hehe 😋😋 Sudah habis video montaj, bermula persembahan daripada pelajar kolej kita yang berbakat pada malam itu. Persembahan nyanyian yang merdu oleh artis kolej ungku omar sendiri iaitu seorang wanita yang sangat anggun. Persembahan seterusnya ialah persembahan dari pelajar kolej yang berbangsa india. Tarian mereka sungguh menarik dan mereka membuat persembahan untuk dua lagu. Persembahan tarian tradisional dan lagunya dari Kelab Seni dan akhir sekali ialah cabutan bertuah. Siapa lah nombor yang bertuah tu ye hehe Acara makan malam ini diakhiri dengan perlantikan Majlis Eksekutif Pelajar bagi sesi 2018/2019 pada sem yang akan datang. Tahniah kepada yang dilantik 😊 Majlis makan malam tersebut habis kira-kira pukul 11 malam. Oh, lupa pulak majlis ini mempunyai 7 booth jadi kepada yang suka bergambar jangan lepaskan peluang ini!!!!!

No comments:

Post a Comment

HARI KEUSAHAWANAN CITRA 2018

Hari Keusahawan Citra is the day where business concept pitching, e-poster competitions and battle of obs. Every student need to attend ...