Sunday, 27 May 2018

HARI KEUSAHAWANAN CITRA 2018


Hari Keusahawan Citra is the day where business concept pitching, e-poster competitions and battle of obs. Every student need to attend to the Hari Keusahawanan Citra at Dewan Tun Abdullah Salleh. This is the day where every faculty send their representative to give a pitch in front of everyone. Everyone has their own business to talk about about and to promote to everyone. The pitch is how an entrepreneur make a person or a consumer confident with their product. The pitch that they give must loud and clear. This is the most important part. They need to attract the audience. For those who win the pitch will go to the next level.

DINNER KOLEJ UNGKU OMAR 2017/2018


\


Hari yang paling seronok dan meriah pada malam itu. Semua orang kelihatan begitu cantik dan anggun pada malam itu. Malam itu semua memakai pakaian mengikut tema makan malam pada tahun ini iaitu kesultanan melayu. Tema tahun ini lebih kepada tradisional. Makan malam ini bermula pada pukul 8 lebih. Semua pelajar dikehendaki memebawa pas masuk sebagai tanda mereka mendaftar untuk makan malam ini. Acara makan malam dimulakan dengan silat dan juga persembahan alatan muzik seperti gamelan dimainkan. Setelah itu ucapan oleh pengetua Kolej Ungku Omar dan acara perasmian dilakukan setelah itu. Setelah, perasmian dilakukan, ucapan seterusnya diberikan oleh ketua pengarah untuk makan malam pada tahun ini. Sudah habis ucapan diberikan, maka bacaan doa dibacakan dan semua dibenarkan untuk makan sambil video montaj ditayangkan kepada semua. Makanan pada malam tersebut sungguh enak dan sedap hehe 😋😋 Sudah habis video montaj, bermula persembahan daripada pelajar kolej kita yang berbakat pada malam itu. Persembahan nyanyian yang merdu oleh artis kolej ungku omar sendiri iaitu seorang wanita yang sangat anggun. Persembahan seterusnya ialah persembahan dari pelajar kolej yang berbangsa india. Tarian mereka sungguh menarik dan mereka membuat persembahan untuk dua lagu. Persembahan tarian tradisional dan lagunya dari Kelab Seni dan akhir sekali ialah cabutan bertuah. Siapa lah nombor yang bertuah tu ye hehe Acara makan malam ini diakhiri dengan perlantikan Majlis Eksekutif Pelajar bagi sesi 2018/2019 pada sem yang akan datang. Tahniah kepada yang dilantik 😊 Majlis makan malam tersebut habis kira-kira pukul 11 malam. Oh, lupa pulak majlis ini mempunyai 7 booth jadi kepada yang suka bergambar jangan lepaskan peluang ini!!!!!

Wednesday, 9 May 2018

OMARIAN FESTIVAL OF VARIANCE


Omarian Festival of Variance merupakan festival yang mempelbagaikan dari semua kaum. Festival ini dianjurkan oleh Kolej Ungku Omar. Persembahan yang dilakukan dari pelbagai kaum seperti india, cina dan melayu dan lain-lain persembahan yang menarik. Bukan sahaja festival ini menarik dengan pelbagai kaum malahan, setiap penonton yang datang digalakkan untuk memakai pakaian yang bertemakan " CROSS CULTURE ". Persembahan yang sungguh menarik dan menghiburkan daripada pelajar kolej ungku omar. Ramai jugak yang turut hadir memeriahkan lagi festival ini dengan memakai pakaian mengikut tema festival ini. Terasa macam dinner pulak sebab ada tema berpakaian 😆 Eh tapi yang festival tau jangan silap pulak hahahahaha Dinner kolej ungku omar akan  diadakan minggu hadapan 🙌 Bersiap sedia lah semua dengan tema dinner pada tahun ini iaitu..... eh lari topik pulak 🙊 Apapun festival ini sangat lah seronok di mana kita dapat melihat persembahan hang berlainan dan pelbagai dari segi pekauman. Setiap kaum ada tariannya yang tersendiri. 

KURSUS AMALI SEMBELIHAN & PENGURUSAN JENAZAH


Baru-baru ni Kolej Ungku Omar telah mengadakan kursus amali sembelihan dan pengurusan jenazah. Ini adalah kerjasama diantara Sekretiat Kerohanian & Sivik dengan Kelab Iqra' . Kursus ini terbuka kepada semua warga ukm tau dan kepada penghuni Kolej Ungku Omar, merit disediakan bagi yang menyertai sahaja. Setiap yang menyertai program ini akan disediakan modul pengajian, sarapan, makan tengahari dan juga makan malam. Yuran penyertaan hanya lah RM 5 sahaja!!!! Dengan menyertai kursus ini, banyak yang dapat dipelajari terutamanya berkenaan dengan pengurusan jenazah dan juga cara penyembelihan yang betul. Ini adalah kerana dua bahagian ini yang paling penting sekali terutamanya pengurusan jenazah kerana setiap manusia akan mati dan oleh itu kita mestilah mengetahui tentang cara pengurusan jenazah yang betul. Mungkin kita kena kendalikan saudara-mara kita atau yang paling tepat dan pasti ahli keluarga kita sendiri. Takkan lah nak biarkan orang lain yang uruskan jenazah keluarga sendiri kan ? Renung-renung kan lah semua... Manakala bagi penyembelihan pula iamestilah dilakukan mengikut hukum syarak kerana takkanlah anda semua nak makan makanan yang haram kan Penyembelihan merupakan salah satu cara untuk mematikan binatang dengan kaedah-kaedah tertentu menurut syarak bagi menghalalkan dagingnya. Menyembelih haiwan bertujuan untuk mendekatkan diri seseorang hamba dengan Allah S.W.T. dengan syarat dilakukan mengikut hukum syarak.





Thursday, 3 May 2018

CAREER & ENTREPRENEURSHIP EXPO 2018



Career & entrepreneurship expo is a collaboration with a few companies where they come to a university to offer some students for internship and also job. They are more focus for the final year student which more of them are looking for a company to work with. Every company has their own target and not all students can try all of them because every company has their own requirement. For final year student, this is the chance where they can send their cv or resume to the company they want to collaborate with. At this time, these companies are searching for students to work with their company and they also are looking for fresh graduate too. They want to hire people. You can also go to all company that you fulfill their requirement and ask things that you want to know about the company. Grab the opportunities to know a lot about the company. 

PIXY BEAUTY TALK


Hi semua 😉 hehe Mesti ramai yang berminat untuk tampil cantik di depan orang kan ? 😏 Tak semua orang ada keyakinan yang tinggi untuk tampil kelihatan lebih cantik dan lebih yakin. Jadi yang rasa-rasa nak sangat nampak cantik tu mesti datang ke PIXY BEAUTY AND CAREER TALK. Dengan menyertai PIXY BEAUTY AND CAREER TALK ini, kita dapat belajar cara dandanan dan solekan yang betul, belajar juga tentang etika berpakaian sewaktu menghadiri temuduga dan juga dapat meningkatkan kemahiran dandanan dan solekan. Setiaporang yang hadir dapat free gift daripada Produk Kosmetik PIXY . Ini terbuka kepada semua mahasiswi mahasiswi ukm. Ramai jugak yang hadir ke PIXY BEAUTY AND CAREER TALK ni. Maklumlah bukan perempuan lah kan kalau tak suka kecantikkan ni 😆 Banyak yang telah dipelajari walaupun hanya satu jam sahaja. Tips-tips kecantikkan yang mudah dan senang dan juga etika pakaian yang bersesuaian sewaktu menghadiri temuduga. Sewaktu menghadiri temuduga kita mestilah berpakaian yang formal dan kepada yang bukan muslim tidak menjolok mata. Memakai make-up yang berserderhanaan dan tidak terlalu tebal. 

HARI KEUSAHAWANAN CITRA 2018

Hari Keusahawan Citra is the day where business concept pitching, e-poster competitions and battle of obs. Every student need to attend ...